Wednesday, January 14, 2009

Cubaan Penipuan Kepong Tackle Sdn. Bhd.


Semua pemancing pun pasti tau tentang kedai Kepong Tackle Sdn. Bhd. ni. Dulu dikenali sebagai Syarikat Kepong. Sejak makin maju terus jadi Kepong Tackle. Memang aku pun aku ada sesetengah barangan dia murah. Tapi, yang murah tu cuma reel dan rod je. Cuba korang tengok barangan accesories lain seperti mata kail dll.. tak murah mana pun.
Aku memang teringin beli reel baru iaitu Shimano Metanium Mg DC tapi kewangan tidak mengizinkan. Memandangkan Shimano Singapore dan Oriental Fishing Tackle (pengimport reel Shimano di Malaysia) ada menganjurkan pertandingan Cabutan Waranti Shimano, aku pun gi lah angkat reel tu malam semalam (14 Januari 2009). Bila dah bayar, aku dapati dalam kotak tu waranti kad dia tulisan jepun. Aku pun isi kaupon cabutan bertuah. Dalam kaupon tu kena isi no siri berserta kada waranti untuk melayakkan. Tapi, minah indon tu kata no resit aku adalah no siri reel aku dan waranti kad aku pula resit bayaran aku.

Semalaman aku tak leh tido... bukan pasal rasa nak menang Proton Saga yang ditawarkan. Cuma aku tak senang tido bila aku pikirkan aku di tipu oleh Syarikat Kepong. Yelah, bila dia isi kad waranti lain (kad waranti untuk reel Torium), aku mintak kad tu untuk aku poskan kepada Oriental Tackle. Terus KC (manager Kepong) kata aku tak boleh hantar sendiri dan orang Oriental Tackle akan datang hari ini (15 Januari 2009). Last-last dia mintak aku datang hari ini untuk bagi kada waranti lain. Yelah, masa tu dah 10 malam kedai dah nak tutup dan orang pun dah ramai kat kaunter untuk bayar.
Hari ini pagi-pagi aku dah check dengan Oriental Tackle, Ms. Yew kata aku tak layak sertai cabutan tu sebab takde original waranti kad. Apa yang dia leh buat adalah suruh aku tukar barang lain yang betul-betul diimport mereka.

Tengahari tadi, aku ke Kepong dengan harapan untuk tukar reel tu dengan reel yang ada waranti. Lagi satu bukan aku nak sangat dengan reel tu.. sebab aku nak angkat Metanium Mg DC bukannya Metanium Mg DC7 ( yang aku beli malam tadi). Disebabkan aku berharap dapat menang Proton Saga tu, aku pun angkat ler.... Tapi jodoh aku dengan reel tu pun tak panjang. Tak sampai 24 jam bila aku dah pulang balik reel tu dan Syarikat Kepong pun bersetuju pulang duit aku. Minah indon tu belek cukup2 reel tu takut ada calar. Pakai pun tak... cuma dikeluarkan dari kotak untuk diambil gambar sebagai bukti penipuan oleh Kepong Tackle.

Nasihat aku pada sesiapa yang nak masuk Cabutan Waranti Shimano tu, harap belilah reel yang ada sticker holografik Shimano dengan waranti kad Shimano Singapore yang sah. Aku pasti, kalau aku bagi je kaupon cabutan waranti tu malam tadi pasti takkan sampai ke Oriental Tackle. Harap semua rakan pemancing tidak tertipu.

44 comments:

Anonymous said...

Bro, dulu aku ada beli jugak Antares kat Sykt Kepong ni. Anyway, masa aku beli Antares tu saja aku nak snap gambar kotak ngan reel Antares tu nak antar mms ke kawan, tapi KC tu sound aku dia kata tak bole ambik gambar dalam kedai diorang. Agaknya sebab isu barangnya bukan warranty ori lah kot. Sepatutnya Sykt Kepong kena berterus-terang warranty diorang cuma warranty kedai bukan manufacturer. Sekarang aku pahamlah diorang parallel import bukan ambik dari authorised dealer lah kan.

-pump-

joranmaster said...

Ya betul tu bro, tapi diorang tak berterus terang. Siap leh bagi tau sama aku kalau akau beli itu reel aku boleh masuk cabutan waranti tu... Ini satu penipuan kepada gua bro... hhuhuuuhhuuh

Anonymous said...

alamak, gua baru dicadangkan oleh abg gua tuk pergi ke kedai kepong tackle tuk beli set baru.. rod n reel.. aduhai, takut la plak.. aku ni dah lama tinggalkan arena memancing nieh.. aisey..

joranmaster said...

bro leh try beli kat kedai aboy di srikembangan. Saya tanya kat kedai aboi reel ni cuma lebih rm2 je daripada kepong dengan siap waranti kad Oriental Tackle. Barang kat kedai aboy pun leh tahan juga murah... Tak salah bro nak beli kat kepong. Cuma berhati-hati je lah bab-2 waranti ni. Jadilah pengguna yang bijak.....

Anonymous said...

hmmm gua pun baru je pegi kedai aboy di sri kembangan.. ocean sea kan? die punyer rods agak mahal la banding dengan kepong tackle.. tapi skarang ni tgh ada discount, so harga tak jauh beza la.. tapi gua rasa, memang gua ambik kat aboy la sebab kat situ semua yang gua nak, ada.. anyway, thank you ya!

Steven said...

Bro Sekalian Dekat SS2 Sudah buka satu kedai panching,nama itu SS2 Fishing Fever Angler. barangan di sana bukan mahal sangat dan service di sana pun bagus juga bukan macham Kepong tackle pompuan sana sebiji batu je... boring le pergi sana.

Anonymous said...

Lain kali beli kat kedai Joran Bagus... leh dapat diskaun dari MD dia..En Azmi.... leh la tolong sama bangsa nie...

* nebuchadneeza- segamat*

Anonymous said...

yes, gua pun terkena gak. dah bayar baru tau takde waranty card. dah la beli mesin mahal, saltiga z, sejak tu gua ban tu kedai

Anonymous said...

cina kalau bukan menipu bukan cina la
aku mmg tak percaya langsung

joranmaster said...

Nak buat macam mana kan..... apa yg boleh dibuat, setakat ini aku memang mengelak lah dari membeli di Syarikat Kepong. Janji rakan-rakan diluar sana beringat lah sebelum membeli. Tu belum termasuk tali2 braided yang ciplak lagi..

highhope said...

pergh!!!! bukan barang Ori la tu... siot je... rasanya kalau aku mesti dah kena kencing dah... huuuuu

skumuda said...

biar betul ada tali ciplak pulak... aku amik fireline kat kepong tekel lak tu..

joranmaster said...

Bukan saya nak tuduh Kepong tekel jual tali ciplak. Kes ini pun terjadi di mana2 kedai lain. Antara tali braided yang kedengaran tiruan adalah Power Pro. Sebab tu lah Power Pro sanggup buat promosi/pertandiangan beli tali powerPro dengan sticker asli layak menyertai pertandingan mereka. Tapi tali lain yang dibawa masuk oleh Pure Fishing Malaysia so far ok. Cuma terdapat komen rakan2 yang pakai Stren kaler kuning skg ni mudah reput. Tak pastilah ori ke x.

fuzzto said...

salam. kepong tackle(k.t) dkt je ngn ruma den. tp xtau nape den xtergerak ati nak cari k.t. alih alih msti den g uncle pudu gak. bgs la ade pembongkaran ngn bukti jelas cani. spyh pening pale nk cari mane k.t ni. thanx joranmaster cz berbakti terhadap angler yg lain. warga P.net

fuzzto said...
This comment has been removed by the author.
Brader Silstar 74 said...

Hari ni gua pegi Kepong Tackle nak tgk-tgk rod. Sedang gua tgk rod, gua belek rod Abu Garcia Vendetta. Cantik gak. Tapi gua perasan rod Vendetta (casting) yg gua pegang tu, panjangnya 5'6". Setahu gua, (dari website Abu Garcia) x ade rod Vendetta yg panjang dia 5 kaki 6 inci.
Sedang gua kehairanan dtg seorg brader dgn aweknya, dia tegur gua pasal rod tu. Dia pun berminat..pastu dia perasan yg rod tu 2 piece. Gua lagi bertambah hairan, Vendetta ada 2 piece ke? Setahu gua, x de.
Dalam 30 min gua berdiri situ, last-last gua angkut rod Vendetta tu sebab gua pikir mungkin model baru kut yang 5'6" nie.
Balik rumah, gua pegi website Abu Garcia...gua try cari model 5'6" tapi x de. Adakah gua telah ditipu oleh Kepong Tackle ini?

Anonymous said...

hmmm... rasanyer brg shimano tu bukannya tak ori.. cuma bukan diambik dr authorised supplier. apa pun diowang kenelah inform customer yg shimano tu kiranye unutk grey market... harga pun musti la rendah lg... ni mahal gak aku tgk...

Apapun aku dah tak berapa minat pi kepong ni lg... tokey dia apek specky tu agak sombong... ade satu hari tu aku tanyer dia leh lak dia jawab dengan nada keras... then masa aku nak beli rod dia tak kasi test dengan reel... nak suruh bayar dlu... kalau xngam camner? dia nak refund?

Skang aku beli kat kedai pudu, aboy atau kat port klang je... mahal sket takper janji kita senang hati...

joranmaster said...

Betul bro, Kepong punya tokey langsi sangat. sama je lah ngan menantu dia tu. Kalau kita ni bukan reporter majalah pancing, haram dia x pandang pun. Aku mmg dah lama x beli kat dia. Lagi sanggup aku ke Aboy, walaupun jauh... ngeee

Anonymous said...

Kwn ingt bln depan ada rejki nk ler gi KT neh..tp bro2 skalian da bg advice gini,kwn do the best je la..tq all

Anonymous said...

Kepong tackle mahal gile... aku beli reel kat sepang murah RM60 hinggit.. Reel Soron stx 70:
sepang RM360
kepong RM420

Kepong ni menipu je banyak!!

dean khairul said...

betul tu...aku bli reel n rod kat gudang sea tackle....PJ...waranti setahun lg...kalau rosak pas waranti leh hantar jer repair....die trime....
kepong tu stkt aku g lawat cuci mata je la....

~dean

Anonymous said...

salam semua...memang betul pon ade yg diperkatakan....sya ade sorg kwn yg keje ngan purefishing, dia ckp Kepong Tackle ni oder brg dari china, so paham² ler kalu product dri sna....contohnyer abu garcia cardinal yg ori...dia leh copy 100 biji...pastu jual ngan hrga yg murah....mmmmm....betul atau tak..tu terpulang pada semua...harap kita tak tertipu...

Anonymous said...

berhati hatilah selalu,nk beli barang dan tk nk tertipu,jgn segan2 bertanya dgn otai2 yg banyak pengalaman..

herman-indonesia said...

salam knl semua nya....i dari indonesia...i ada dgr mengenai kepong tackle....brgan shimano dia impor sendiri..emang dia orang lg sombong,,,satu lg mengenai rod abu garcia vendetta,,,,untuk pasaran asia..tak lha sama dgn pasaran eropa spt kita liat kat web pure fishing.....
i bole tny kah?? itu kedai ocean sea besar kah?? u orang ada pernah pergi kedai loon fatt enterprise kah?? i dgr sana pun bole murah....

Anonymous said...

Kawan aku beli tali kt kepong tackle pastu suruhlah apek tu masukkn kt reel dia.. sekali dia charge kwn aku mskkn tali kt reel sampai rm5.. cilaka punya kedai.. suh mskkn tali kt reel xsampai 150m kene lak charge rm5

Anonymous said...

Aku juga pernah kena tipu dengan kepong tackle......aku beli joran DAM - SILVANUS PE3-6, harga RM 150, pakai sekali terus patah, kalau tarik ikan besar tak apalah, ini tarik apollo terus patah...........akhirnya aku kena gelak dengan kawan-kawan aku, apa punya rod dah mereka jual........

Anonymous said...

Kat kuala lumpur ade kedai pancing yang Bukan macam kepong tackle, yang jual barang asli?

Anonymous said...

aku pun rasa kene tipu dengan brg tiruan kepong rod abu garcia conolon pakai sekali patah bila tengok btg rod nipis sangat patut senang patah.. dan aku ada beli conolon di kedai lain yg tu patah sebab terhentak tiang aku tengok btg rod tu tebal jauh beza dgn yg aku beli kat kepong ... so aku rasa kepong punye brg tiruan

Anonymous said...

mmg mcm gampang suwei kedai ni.. sombong n belagak je apek tu :-(

Anonymous said...

aku pon dah kena tipu ngan kedai cina penipu ni...ari tu aku g beli rod lemax presiden harga mmg murah rm65 jer...mmg aku beli la tros..sbb market kt kedai lain harga dekat rm200..pkai kejap jer patah...bila aku belek2 balik mmg lokel punya...cincin lemax presiden sepatutu nya fuji...yg aku beli kt kepong x da fuji..cop pon byk xda...tp xpa la murah jer...pasni mmg aku x kn g kedai ni lg...penipu..dah la apek tua tu kerek nak mampos..

Anonymous said...

cuba try kedai aboy (cawangan baru) kat pandan...atau kedai ahso kat tmn samudra (area giant batu caves)agak mahal la. tp berbaloi kalo nk shopping brg kat situ..

Kamarul Ariffin said...

Minta alamat kedai aboi yang terletak di pandan

Anonymous said...

mrr2 kalo dari cheras...nampak econsave belah kiri..masuk simpang pandan perdana...terus..simpang kanan pertama..masuk..terus je ikut lorong tu...nnt ikut signboard ocean fishing..terus je ikut signboard..

Anonymous said...

awas-awas skali ngan kt ni .. byk barang2 tiruan .. mmg dicopy dari china ... tokey2 yg support kt ni pun along2 yg nk cuci duit .. pandai2 la semua ...

Anonymous said...

Lor.. baru beli shimano scorpion dc7 n rod fenwick hmx kat k.t ni.. barang ciplak ke?? Gampang btoi r.. patut tgk fenwick ada tmpal sticker made in china. Patut made in usa r kn??

Anonymous said...

Lor.. baru beli shimano scorpion dc7 n rod fenwick hmx kat k.t ni.. barang ciplak ke?? Gampang btoi r.. patut tgk fenwick ada tmpal sticker made in china. Patut made in usa r kn??

Anonymous said...

Banned kepong tackle!

Anonymous said...

Pergilah ke Red Hot Angler Taman Mayang SS26 Petaling Jaya. Kedai kecik je tapi servis pro. Harga tengok barang import dari mana dan tengok poket. Nak beli bot pun ada. Owner nama Sam. Cubalah.

Walter Tan said...

aboy seri kembangan:
OCEAN SEA SPORTFISHING
15, Jalan PSK 6, Pusat Perdagangan,
43300 Seri Kembangan, Selangor
Tel: 03 89457725
jgn lupa sign-up untuk membership dia. dia bagi kad, bole collect points mcm bonuslink hehe

Walter Tan said...

alang2 dah sampai kepong, nah puchong plak:
DIGITAL AQUARIUM
No 7&9, Jalan Perdana 3/1 ,
Taman Puchong Perdana,
47100 Puchong, Selangor
Tel: 03-80613442
Facebook: https://www.facebook.com/DigitalAquariumFishing
lokasi berhampiran masjid terkenal di puchong perdana, masjid as-salam (masjid terapung). barang2 kat sini not bad la, dia carry gak shimano malaysia & jepun, byk daiwa, abu garcia. concept kedai dia 'open testing', reel semua dia main gantung mcm baju je. nak tgk, ambik. tp yg mahal2 tetap le dlm display.

Anonymous said...

Alamak,..seb baik hati ini rasa nak belek page ni...betul ke.. baru je niat nak turun KT nak angkat barang minggu ni...aisehman... kita ke sri kembangan je lah..alamat dah ada tu,... thanks JMaster... nak beli batu ngan kekili je..

flame bone said...

urm alamat kedai aboy kt pandan tue aper erk...nk survey ler t..

flame bone said...

nk tanye otai2 sume..area2 ampang ader ke kdai tackle yg okies skit..ngah nk cari rod abu verdict or veritas ngan abu abu spinning revo n orra..braper harge erk...

Anonymous said...

Tackle Taman Maluri. Jalan Jejaka 7. Sederet ngan Public bank atau opposite Maybank. So far so good. Byk sangat diskaun kalau jadi members.