Tak tau lah aku nak cakap macam mana dengan salah seorang kakitangan awam ini. Sama ada beliau mempunyai masalah ngan aku atau pun sememangnya beliau memang mempunyai attitude problem. Kalau personal problem ngan aku, tak tau lah plak di mana salah aku. Kalau nak kata aku melanggar protokol kerja kerajaan aku pun tak tau masa lagi silap. Dah dihantar surat kepada Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Pahang, Y. Bhg Dato' dah minitkan surat kepada beliau untuk tindakan, sampai sekarang aku masih belum menerima sebarang jawapan.
Kes ini bermula bila aku terlihat seorang pemancing mendaratkan ikan Temoleh di Sg Pahang. Maknanya dah musim temoleh dah ni. Aku pun try call botman Azran untuk tujuan dapat maklumat lebih lengkap bila sesuai mancing dan di mana. Beliau cadangkan aku mancing di Lubuk Panjang di Zon Merah (kawasan larangan memancing) memandangkan aku bertujuan utk buat dokumentari video pasal ikan temoleh ini. Yelah ikan ni dah nak rare, ditambah pula dengan kehebatan ikan ini untuk membesar sehingga berpuluh kilo. Paling tidak pun kalau esok2 ikan ini pupus, tidak lah kita ralat sebab tiada dokumentari secara video tentang ikan ini.
Susulan dari itu, aku telah mengemukakan pemohonan kebenaran memancing di Zon Merah kepada Pengarah Jabatan Perikanan Pahang.
Kronologi
Surat tersebut aku faks kan pada Rabu 31 Mac 2010. PA Dato' telah memajukan surat tersebut kepada Dato' pada Khamis, 1 April 2010. PA Dato' memaklumkan surat tersebut telah diminitkan kepada sipolan untuk tindakan lanjut dan beliau berjanji akan menelefon saya bagi memaklumkan keputusan Jabatan Perikanan Pahang berhubung dengan pemohonan ini.
Jumaat 2 April 2010, jam 10.00 pagi saya dapat bercakap dengan salah seorang kakitangan yang memaklumkan pegawai tersebut keluar sebentar. Jam 11.30 sekali lagi saya menelefon dan dikhabarkan beliau bertugas di luar pejabat. Sebelah petang beliau akan kembali ke pejabat seperti yang dimaklumkan kepada saya. Pada jam 4.15 petang, sekali lagi saya menelefon untuk bercakap dengan pegawai tersebut.
Isnin 5 April 2010, saya sekali lagi menelefon ke Jabatan Perikanan Negeri Pahang dan salah seorang kakitangan mengatakan pegawai terbabit tiada di pejabat kerana menghadiri kursus selama 1 minggu.
Persoalan yang menyelubungi dibenar fikiran aku..... Betul ke beliau terlalu sibuk? Atau beliau mengelak diri dari bercakap ngan aku sebagai salah satu cara nak SABOTAJ usaha dan niat baik aku untuk membuat dokumentari ini.
Aku masih menunggu jawapan.... tapi sampai bila? Mungkin sampai musim temoleh habis. Atau pun selepas team lain membuat dokumentari tersebut.
Hahahahhahaha.. kalau dipikirkan balik... aku dapati memancing bukan setakat satu hobi murahan... dia dah melampau prestaj yang tinggi bila dapat mendaratkan ikan yang besar mendahului orang lain. kui kui kui....