Saturday, June 28, 2008

Penipuan Dalam Dunia Memancing...


Ini adalah suara hati rakanku.. Harap sahabat-sahabat sana mengambil iktibar daripada kisah ini. Sebab benda seperti inilah yang akan menjatuhkan sukan memancing di negara ini. Terima kasih atas perhatian semua.

Penyalahgunaan Nama Editor dan Majalah Pancing Dunia Memancing Malaysia Kecil, Kepada Penipu, Berhati-hatilah Baru-baru ini ketika pelancaran produk Shimano 2008 di Mid Valley, saya telah dihampiri oleh tuan punya rangkaian kedai pancing Joran Bagus, En. Azmi bin Nan yang bertanyakan tentang wakil dari Pancing yang telah datang ke kedainya di Kota Tinggi, Johor mengambil barangan pancing untuk kegunaan tripnya. Permintaan itu telah beliau terima dari ‘saya’ sendiri menerusi emel. Menurutnya lagi, wakil dari kami ini bernama Wan, kurus, berkulit gelap (coklat) datang dengan kamera yang canggih dan mengambil gambar di kedai. Si Wan ini juga seolah mahir mengenai dunia pancing terutamanya peralatan memancing Shimano. Selesai mengambil gambar beliau pulang dengan barangan pancing bernilai hampir RM 4000. Di hari yang lain pula, Wan bersama rakan-rakannya telah pergi ke kedai-kedai pancing rangkaian Joran Bagus yang lain dan mengambil barangan pancing lagi (anggaran RM 2000) tanpa pengetahuan En. Azmi dengan menggunakan modus operandi yang sama iaitu mengambil gambar kedai dan berjanji untuk menyiarkannya di dalam Majalah Pancing. Hairannya Wan ini tidak mempunyai kad nama.

Dalam pada itu saya teringat wartawan saya, Adlizam Yasin ada menerima tawaran jualan Abu Revo Inshore dan Revo SX yang sangat murah daripada seseorang dari Johor Bahru yang juga dikenali sebagai Wan, yang mengatakan barang tersebut adalah daripada kelab yang baru ditutup milik beliau. Beliau juga mengatakan yang dia bekerja sebagai Jurutera Shimano di Singapura. Apabila dipinta kad nama, dikatakan tertinggal. Setelah siasatan dijalankan (semasa pelancaran produk Shimano), Shimano Singapura hanya mempunyai bahagian jualan dan tiada pekerja Melayu yang berkerja di sana.

Lantas saya mengaitkan Wan yang bersama En Azmi dan Wan yang berjumpa wartawan saya adalah orang yang sama berasaskan kenyataan dari pihak Sahimano itu tadi. Kebetulan ‘Wan’ tersebut ada menghantar satu artikel kepada kami dan kami telah emel gambar tersebut ke En. Azmi untuk pengesahan…hasilnya ia adalah penipu yang sama!Berikut adalah petikan dari emel Wan si penipu,Faiz Karim wrote:
Salam sejahtera kepada Warga Joran Bagus, saya Ketua Editor daripada Majalah Pancing ingin memberitahu bahawa saya telah menghantar salah seorang krew Majalah Pancing bahagian Photoghrapy dan Pengiklanan ke Joran Bagus untuk tujuan pengiklanan Joran Bagus di Dalam majalah kami.
Pengiklanan bermula dari May 2008 hinggalah April 2009 iaitu cerita mengenai kedai Joran Bagus, Tip memancing dari Joran Bagus, dan Trip memancing dari Pro Team dari Joran Bagus.
Dengan ini saya meminta kerjasama daripada Joran Bagus agar dapat menaja sedikit sebanyak 3 orang daripada krew Majalah Pancing dengan set pancing yg termampu dari Joran Bagus. Pengiklanan Joran Bagus di Majalah adalah percuma daripada kami tanpa bayaran cuma saya meminta jasa baik Joran Bagus menaja krew baru kami iaitu Wan kerana dia kekurangan barang pancing. berikan sedikit tunjuk ajar kepada Wan, dan dia juga adalah pakar IT majalah kami, jika inginkan bantuan untuk membuat website, bolehlah meminta bantuan daripada beliau.
Saya sekarang berada di Taiwan bersama krew yang lain kecuali Wan, kami sedang mengadakan sesi lawatan memancing ke seluruh asia, tajaan daripada Pure Fishing Asia. dengan itu saya meminta kerjasama daripada Joran Bagus agar dapat bekerjasama denagn Majalah Pancing sampai bila-bila untuk kejayaan bersama!
Yang Benar,
Faiz Karim - 012-5998488 (saya berada diluar negara sekarang, apa- pertanyaan bolehlah bertanyakan kepada krew kami, Wan:- 013-7357145)Sila perhatikan emel yang digunakan si penipu adalah seakan sama seperti yang digunakan saya, tetapi domainnya berlainan, yang tulen adalah faiz_karim75@hotmail.com dan penipu itu menggunakan faiz_karim75@yahoo.com. Begitu juga dengan nombor telefon yang palsu. Tidak hairanlah En. Azmi boleh tertipu sedangkan beliau ikhlas menolong sesama Melayu.

Satu lagi kejadian, berlaku di Kenyir kepada rumah bot hijau yang terkenal tekong Rahim. Seseorang yang menyatakan dirinya daripada Majalah Pancing (nama tidak diketahui) meminta satu sesi memancing percuma atau potongan harga. Modus operandi masih sama iaitu berjanji untuk menulis rencana tentang sesi memancing bersama pengusaha bot di dalam majalah Pancing. Selepas habis trip, orang ini didapati hilang tanpa dapat dikesan.

Saya tidak nafikan mungkin masih banyak terdapat kes-kes seperti ini berlaku sebelum ini yang tidak pernah dilaporkan kepada kami.

Pihak Majalah Pancing dan Joran Bagus memandang kes ini sebagai sangat serius dan laporan Polis akan dilakukan.

Oleh itu suka saya nyatakan di sini bahawa kami hanya membenarkan penulis-penulis yang disenaraikan di sini sebagai wakil sah kami iaitu Pok Mud (Tamizam Abdul Karim, Selangor), Arifin Ramli (Johor), Ibrahim Jusoh (Kelantan), Azmi Ariffin (Penang), Faizul Osman (Selangor), Fauzu Mamat (Selangor), Pisau (Mohd Saufi Mohd Zain, Kelantan), Pak Amin (Mohamed Amin Rahmat. Singapura), Daud Bogol (Sarawak), Mohd Norsham Hashim (Selangor), Mohd. Ali Marzuki (Selangor) dan Abu Syahrani Bujang (Sarawak). Segala sumbangan untuk nama-nama yang tertera mesti melalui saya, Editor Majalah Pancing dan tidak terus kepada mereka. (Sila baca, Majalah Pancing bulan Julai isu 129, m/s 37 untuk gambar-gambar mereka yang tersebut)

Peringatan kepada semua kedai-kedai pancing, pengedar barangan pancing, tekong-tekong bot, operator pancing, hotel, chalet, kolam memancing dan mana-mana yang berkenaan dengan dunia pancing, tolong berhati-hati. Setiap kali ada orang yang mengaku datang daripada Majalah Pancing, pastikan dia boleh memberi bukti sah seperti kad nama atau surat rasmi sah daripada Majalah Pancing, Life Publishers Berhad atau jika masih ragu-ragu, sila telefon saya di 012-3911 787 atau email faizkarim@lifepub.com.my / faiz_karim75@hotmail.com / faizkarim75@gmail.com untuk pengesahan lanjut.

Terima kasih atas kerjasama semua.

Yang Benar,

Faiz Karim

9 comments:

Anonymous said...

ada gak manusia mcm ni ek...

Anonymous said...

tolonglah ubah kaler font ko ni... poning makcik membaco eh...

joranmaster said...

tulah pasal.. sejak kenaikan harga minyak ini.. orang jahat dah ramai... wakakakkaka nanti semua tempat mancing kena pasang CCTV

ghaz said...

Saya kenal sangat dgn tauke Joran Bagus. Orang nya pemurah dan saya banyak berterima kasih kerana selau sponsor saya pergi meman cing dan juga peralatan. Hanya saya ada satu ralak kisah trip saya yang di taja Joran Bagus disiarkan pada front page Berita Harian tidak dibayar olih BH seperti yang dijanjikan. Saya tak lah menuntut tetapi rakan2 yg seperjuangan rasa tertipu.

Ghazali

rani said...

terima kasih atas nasihat dan prihatin cik abang....kini barang brg tiruan..bila kat laut dalam ikan sebesar 4kg susah ndak d daratkan..product cepat rosak..saya da terkena produvt shimano taiwan@korea...kat laut bayan mukah..frust...

anas said...

aku ada majalah pancing ep 1, gambar pak wong dengan tapah besar?

Anonymous said...

encik faiz,dalam pertandingan memancing untuk kokorikulum memancing di UPM sy dah jadi juara,harap dapat A....hehehe....thanks...-zulfikry

Anonymous said...

KEDAI PANCING JORAN NGAIL KINI ADA MEMBUKA CAWANGAN KEDUA DI KEDAI TAMAN CAHAYA MASAI.KAMI ADA MENJUAL PELBAGAI UMPAN PANCING.
SEPERTI;
=UDANG HIDUP
=RUAT BAKAU&RUAT NIPAH
=UMPUN SARUNG
=IKAN BELANAK
=IKAN TAMBAN
=CACING TANAH
UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI;
0137847019

Anonymous said...

KEDAI PANCING JORAN NGAIL KINI ADA MEMBUKA CAWANGAN KEDUA DI KEDAI TAMAN CAHAYA MASAI.KAMI ADA MENJUAL PELBAGAI UMPAN PANCING.
SEPERTI;
=UDANG HIDUP
=RUAT BAKAU&RUAT NIPAH
=UMPUN SARUNG
=IKAN BELANAK
=IKAN TAMBAN
=CACING TANAH
UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI;
0137847019