Sunday, February 10, 2008

Teknik Memancing Ikan Siakap Kolam

Kebiasaannya pemancing otai akan lebih suka mengilat menggunakan umpan udang hidup. Ini disebabkan lebih luas kawasan kolam yang boleh diterokai dalam menjejak ikan. Apa yang diperlukan adalah teknik mengunjum umpan udang hidup tersebut dari kawasan tengah kolam hinggalah ke tebing. Teknik ini dinamakan teknik spring!.

Walaupun kolam pancing, arus tetap terjadi disebabkan kipas oksigen yang dipasang di setiap sudut kolam. Apa yang diperlukan adalah melontar umpan udang tersebut ke arah hulu air tersebut mengalir dan kebiasaannya udang hidup tersebut akan berenang menghilir arus. Apabila udang tersebut mencecah ke dasar, joran akan disentap kebelakang lebih kurang sekaki panjang. Kemudian rendahkan joran agar udang tersebut berenang kembali ke dasar kolam. Proses ini diteruskan sehingga umpan sampai ke tebing. (Sila rujuk pada ilustrasi 1)

Bagi menghasilkan persembahan terbaik, terdapat dua cara untuk mencangkuk umpan pada mata kail. Cara yang paling biasa digunakan oleh pemancing adalah dengan mencangkuk umpan udang tersebut pada sebelah ekor. Cara ini akan menyebabkan udang boleh berenang ke atas permukaan air mahu pun di dasar kolam. pada kebiasaannya, udang yang masih cegas sering kali berenang di permukaan dan pertengahan air. Sekiranya perkara seperti ini berlaku, cuba jentikkan kepala udang tersebut agar ianya pening-pening lalat sedikit dan menyebabkan ianya berenang di dasar kolam.

Cara yang kedua adalah dengan mencangkukkan mata kail pada kepala udang. Bagi mengelakkan udang tersebut lambat mati, mata kail hendaklah dicangkukkan pada tanduk udang. Berhati-hati jangan sampai mata kail membenam dan tercangkuk pada otak udang. Dengan menggunakan cara ini, udang tersebut biasanya akan berenang di dasar kolam. Ini mungkin disebabkan berat mata kail tersebut memaksa kepala udang untuk sentiasa menuju ke bawah.



Selain menggunakan udang hidup, pemancing juga boleh menggunakan umpan udang kopek. Istilah udang kopek ini adalah disebabkan, umpan yang digunakan akan dibuang kulitnya. Sekiranya menggunakan udang kopek ini, pemancing hanya perlu melontar dan membiarkan umpan tersebut mencecah sehingga dasar. Kemudian, kekili dikarau secara sekata bagi menarik umpan tersebut. Bagi teknik ini, cara cangkukkan umpan adalah penting agar umpan udang kopek tersebut bergerak lurus didalam air dan bukannya berpusing-pusing.

Terdapat teknik lain yang boleh digunakan seperti menggunakan pelampung dan masih sama menggunakan umpan udang hidup. Tetapi, teknik ini lebih sesuai di kolam komersial yang kurang berarus ataupun teknik ini lebih sesuai digunakan di tengah-tengah kolam yang mana arus pergerakan air yang pelahan. Sekirannya teknik ini digunakan di kolam yang berarus deras dikuatiri menggangu pemancing lain disebabkan pelambung tersebut menyilang pemancing bersebelahan.

Bagi pemancing beginner pula, mereka lebih gemarkan memancing dasar dengan menggunakan umpan isi ikan pasar. Sekiranya menggunakan teknik ini, pemancing tidak perlu menggunakan batu ladung sebagai pemberat. Cukuplah sekadar hirisan ikan tersebut sebagai pemberat. Ini juga membantu untuk menggelakkan ikan daripada perasan hirisan ikan tersebut sebagai umpan untuk menjerat mereka.

Bila nak strike?

Ini merupakan saat kritikal bila ikan dah makan umpan. Setelah penat memujuk ikan supaya menjamah umpan, jangan lah pula kita lepaskan rezeki tersebut. Sekiranya ikan siakap telah menjamah umpan, pada kebiasaanya ia akan mengemam umpan tersebut sebelum menelannya. Tabiaat ini serupa dengan ikan haruan.

Oleh yang demikian, apabila terasa “tup” seperti tali dijentik, pemancing perlu membuka bail-arm kekili agar tali dapat dikeluarkan. Ini adalah bagi mengelak ikan merasa tegangan di dalam mulutnya. Biarkan ikan bergerak membawa umpan seketika sehingga ianya berhenti. Tutup bail-arm kekili dan rendahkan joran sambil menggulung slack line. Setelah merasa tegangan pada tali, sembat joran tersebut agar mata kail tertacap kukuh di dalam mulut ikan.

Semasa bertarung dengan ikan, sila pastikan tali pancing sentiasa dalam keadaan tegang. Sekiranya ikan cuba melompat di permukaan air, rendahkan joran sambil tali pancing masih lagi dalam keadaan tegang. Ini adalah bagi memastikan umpan tidak dapat diluahkan daripada mulut ikan.

Malu bertanya sesat jalan...

Lain padang, lain belalang.... Sukar untuk saya nyatakan teknik yang mana yang lebih membuahkan hasil. Ada sesetengah kolam saya dapati teknik menggunakan pelampung lebih efektif untuk mendapatkan ikan. Bagi kolam komersial yang sering saya kunjungi di Desa Aman, Sg Buluh ini, teknik mengunjum udang hidup adalah lebih efektif. Apa yang pasti, sebelum mencuba sesebuah kolam tersebut, cuba tinjau-tinjau cara pemancing-pemancing lain memancing. Ini adalah sekadar tip kepada anda yang baru menjinak-jinakkan diri dalam arena pancingan kolam kemersial. Selamat mencuba.

11 comments:

naga said...

Terima kasih atas tips dan teknik memancing siakap kolam yang diterangkan....ada tak tips memancing ikan pacu pulak tanpa guna wire leader??

joranmaster said...

O.... itu ada... nanti aku postkan utk kengkawan.

izhar said...

Terima kasih atas tips.

Saya masih keliru tentang

1. saiz perambut, lb & mm
2. Saiz mainline
3. Saiz Kail
4. Jenis kail

yang sesuai untuk memancing siakap skala 2kg - 4kg.

Err.. boleh tak saudara kongsi tips cucuk kail di kepala udang?

joranmaster said...

terima kasih atas pertanyaan tersebut. Saya akan cuba jawab atas pengalaman saya dan rakan-rakan lain.

1. Saiz perambut digalakkan guna 20 lb- 30 lb.
2. Saiz main line tak kisah... kalau berani gunalah 6lb. Tapi kalau takut putus guna 15lb pun cukup. Kalau nak lagi kiasu.. tak salah guna lebih besar cuma kurang sedap untuk main teknik udang spring ni.
3. Saiz mata kail.. biasanya saya guna saiz 5 & 6.
4. Jenis kail pula, apa brand pun okey... tapi untuk siakap kolam saya kurang pakai jenis Circle hook disebabkan cara siakap makan yang suka sedut dan kemam umpan dalam mulut. Pakai circle hook kurang tertacap mata kail bila disembat.
TQ

Pengamanah Agama Allah... said...

salam ziarah, pertanyaan...
nak tahu gewang mana yang sesuai untuk haruan, jika gewang katak? apa warna yg boleh menarik perhatiannya? terima kasih...

Anonymous said...

assalamualaikum..
ak kurang paham tentang cara mengunjum ni..mcm mn kte nk tau samada udang da sampai ke dasar atau belom...maaflah...ak beginner..=)

Nurul Ainnie said...

A'kum perlu bantuan ,dimana ya patut saya dapatkan anak ikan belanak hidup.tq

Anonymous said...

terima kasih.baru mlm ni nk try kolam desa aman tu..hhehe!

Shazwan Hafizah said...

Salam abe.....xdop ke gambar yg nk sangkut mata kail kt kepala udang?????

brohantu said...

Saya lebih suka menggunakan udang kopek untuk casting ikan siakap kolam. Lagipun lebih senang dan cepat berbanding menggunakan umpan hidup udang yang mahal skit..

Brohantu said...

info berguna tentang cara memancing ikan siakap