Tuesday, February 12, 2008

Susah Senang Memiliki Bot

Apa yang perlu diambil kira sebelum memiliki bot memancing?

Kalau dulu, setiap kali aku pegi mengilat di lombong-lombong sekitar Air Kuning, pasti aku cemburu melihatkan pemancing lain memburu ikan menggunakan bot. Alangkah indahnya jika aku mempunyai bot sendiri, pasti lebih banyak tempat dapat diexplorasikan berbanding mengilat cara land base. Kalau ada bot, boleh juga dibawa ke Tasik Kenyir dan tasik-tasik lain semasa trip. Takdelah berebut-rebut bot untuk pegi casting.

Sekarang aku tak merasa cemburu lagi bila melihat orang memancing menggunakan bot sebab aku dah rasa susah dan senang ada bot ini. Apa yang orang biasa nampak adalah kesenangan sahaja bila ada bot. Tapi, yang susah lagi banyak daripada yang senang. Samalah macam aku dulu sebelum memiliki sebuah bot. Oleh yang demikian, beberapa perkara perlu diambil kira jika seseorang pemancing itu ingin memiliki sebuah bot bagi tujuan memancing.

Paling utama adalah budjet. Mungkin harga sebuah bot fibre bolehlah dikatakan sebagai masih mampu beli lagi dengan harga sekitar RM 1000. Jika ingin memiliki bot aluminium buatan tempatan, harganya pula dari RM 3000 ke atas. Jika bot aluminium import pula, harganya sekitar RM 4000 ke atas.

Tapi dah ada bot mesti nak kena ada enjin sebagai nadi pengeraknya. Takkan nak berdayung ajer. Mahu panjang tangan dibuatnya. Harga bagi sebuah enjin sangkut bagi 5 kk hingga 20 kk adalah dari RM 2000 hinggalah ke RM5000. Ini merupakan kos yang paling tinggi dalam memiliki sebuah bot. Terdapat pemilik bot aluminium menggunakan truster yang mana harga sebuah truster adalah sekitar RM 1000. Bagi yang ingin memiliki bot fibre panjang 12 kaki, disarankan menggunakan enjin sangkut 10 kk paling minimum. Kalau tidak dikuatiri penggunaan minyak petrol yang agak tinggi.



Selain daripada faktor tersebut, pemilik perlulah memikirkan tempat untuk menyimpan bot. Bagi yang berumah tinggi seperti di pangsapuri bertingkat, akan menjadi masalah bila ketiadaan tempat untuk menyimpan bot dan enjin sangkut. Penat ooo nak memikul enjin naik ke rumah kalau takde lif. Bot pulak tu bukan nye boleh dilipat-lipat untuk simpan di dalam stor rumah.

Faktor yang ketiga pula adalah masalah pengangkutan. Kalau ada kenderaan 4x4 mudah lah sikit. Takdelah rasa sedih sangat bila kereta harian ke tempat kerja dijadikan kenderaan pengangkutan untuk mengangkut bot ke padang pancing. Mau bercalar-calar kereta dibuatnya bila terpaksa meredah jalan berlopak dan bersemak-samun.

Faktor yang keempat adalah masalah mengangkat bot ke atas kenderaan. Biasanya satu bot boleh memuatkan 3 orang pemancing. Jika melakukan aktiviti mengilat, adalah memuaskan jika 2 orang pemancing sahaja dalam satu bot. Kalau sebuah bot fibre seberat 60 kg untuk 2 orang mengangkatnya mau patah pinggang dibuatnya. Paling kurang pun mau tiga orang untuk mengangkatnya. Yang paling seksa untuk mengangkat bot bila dah balik dari trip yang masing-masing dah kepenatan. Jadi, setiap kali trip kenalah pilih member memancing yang sanggup dan larat untuk mengangkat bot bersama-sama.

9 comments:

naaimzee said...

Mcm best je Jim ade bot... ko simpan bot ko kt mn? ko dh pindah BT 3 ke? kalo pakai treler letak bot cmane? lg best kan? takyah angkat tggi tggi...

joranmaster said...

AKu dah lama pindah kat BT. 3.. tu yg masalah nak letak bot aku... last2 aku tumpang kat umah joker di usj.. hehehhehehe.. kalau pakai treler.. kena keluar ongkosnye pak... mahal ooo satu treler... dah tu kena apply permit kat JPJ pulak.. tol pun kena bayar lebih....

alvin said...

beli bot RC je......
murah sket....
kalo kat BB bru rm350....
heheheehehehehehehhe

Muluk said...

aku rasa joranmaster lupa nak cakap faktor kelima.... faktor kelima ni ialah camne nak cakap dengan wife kita nak beli bot....bagi yang sudah berkahwin la walaupun beli pakai duit kita sendiri tetapi sebagai ketua keluarga....kita patut meminta pandangan wife kita juge...jadi bersiap la dengan seribu satu alasan hehehehe....

joranmaster said...

Oh yea... memang lupa nak disebutkan faktor ke-5... Faktor ke-5 ni tak payah siapkan alasan.... Cuma siapkan je duit untuk belikan hadiah untuk bini yang agak-agak setara ngan harga bot.... COntohnye, belilah gelang tangan ker harga 1k... lepas tu baru beli bot... walaupun rege bot 3 k.. cakap rege bot cuma 1.5k je.... hehehehehehehee barulah adilkan....

naaimzee said...

"hehehehehehehee barulah adilkan.."

perkhh, serious SHIT!!!..

joranmaster said...

perghhhhhhhh.... tu macam ayat Jimmy carpish Lucky Luciano....

Untuk encik alvin pula...bot RC tu apa? bot buat pakai Reinforced Concrete ke? hehehhehehhehe

naaimzee said...

Jim . RC = remote control lah..

lg satu kata2 pujangga..

"Hey Ho Let's Go"

joranmaster said...

oh yea.. lupa lak RC tu remote control... aku ingat reinforce concrete je sebab si alvin ni sivil engineer....

Hey ho let's go... kata-kata pujangga encik Hadi Hong-hong hong